Cara untuk bertenang adalah dengan
bersabar. Bukan kawal marah, tetapi bersabar. Ketika bersabar, anda menahan
diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, anda masih nampak marah
cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah di wajah
anda. Ketika bersabar, anda memujuk diri anda supaya bertenang tanpa ada
keinginan mahu menampakkan yang anda sedang marah tetapi ditahan-tahan.
1. Jangan terlalu memikirkan mengenai
masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian
daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih
banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah
keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda
terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk
kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat
memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.