a.
Fahami masalah, jangan cari puncanya. Elak untuk berasa sugul atau menganggap
anda seorang yang malang. Tidak ada masalah yang kekal. Masalah muncul untuk
mematangkan anda, mendewasakan anda, lantas menjadikan anda semakin bijak.
Fahami masalah anda, dalam dan luar. Elak mencari puncanya kerana perbuatan
sebegitu hanya akan menurunkan motivasi anda. Semakin kita mencari puncanya
masalah itu, semakin kita kurang bersemangat untuk menyelesaikannya. Masalah
ibarat kita gali terowong. Semakin dalam kita gali terowong, semakin dalam lagi
perlu kita gali. Sehinggalah kita tidak nampak jalan keluar dari terowong itu
dan bingung bagaimana kita hendak keluar dari terowong.
b.
Tanya diri anda cara apa yang anda boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah. Tanya
diri anda dan terus tanya. Cara ini baik untuk membuat minda separa sedar anda
fokus pada penyelesaian masalah.






