a.
Kita tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan
murung. Tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan
tentang situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar
mentari di sebalik mendungnya awan.
b.
Walaupun perkara itu tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh
jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
c.
Fikir yang baik-baik sahaja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda.
d.
Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan.





