1. Jangan memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat
dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Jangan memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan
kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Jangan cepat melihat yang buruk dalam apa sahaja situasi,
benda, atau perkara.
4. Jangan mudah atau suka komen, mengutuk, mengkritik, dan hentam
belakang.
5. Jangan suka bercerita keburukan orang – ahli politik, kawan,
kekasih, suami, isteri atau keluarga. Kita tidak pernah terfikir untuk berasa
bersyukur.
6. Jangan bersikap sukar sangat meminta maaf dan tidak mahu
melafazkan kemaafan.
7. Jangan asyik ingat orang yang pernah berbuat salah pada
diri anda.