Pages

Monday, August 18, 2014

BAGAIMANA KITA BOLEH MENGIKIS TABIAT BURUK?


1. Berperingkat-peringkat – Jika anda menginginkan suatu perubahan, jangan lakukan perubahan itu secara drastik, lakukanlah secara berperingkat-peringkat. Perubahan secara drastik dan mendadak akan membuat anda tertekan. Ini membuatkan anda merasa putus asa dan kembali pada tabiat yang asal.

 2. Beringat Selalu – Jika anda telah ditegur rakan disebabkan tabiat buruk, cuba untuk berubah. Sentiasa beringat untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut pada masa akan datang. Tabiat buruk yang berulang-ulang menyebabkan rakan merasa jemu dan benci pada diri anda.

Monday, July 7, 2014

RAHSIA MEMBACA AL-QURAN




a. Sesetengah orang alim berpendapat bahawa membaca Al-Quran merupakan cara atau method yang paling mujarab untuk memperkuatkan ingatan dan memudahkan hafalan. Bahkan inilah kaedah yang paling utama.  Kata-kata hikmah Arab menegaskan “Tiada sesuatu yang lebih menguatkan ingatan seseorang selain daripada membaca Al-Quran dengan melihat (mashaf Al-Quran).”

b. Beberapa cendiakawan Islam pernah berkata, “Orang yang mengamalkan membaca Al-Quran akan sentiasa sihat akalnya walaupun dia berumur 200 tahun.” Jarang berlaku orang yang konsisten (selalu) membaca Al-Quran pada setiap hari, berpenyakit nyanyuk apabila telah tua, malah mereka tidak perlu memakai cermin mata.”

c. Kesan membaca Al-Quran dari segi kesihatan sungguh besar. Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan fikiran.  Sebaik-baik latihan jasmani untuk kesihatan dan penyembuhan ialah menyanyi.  Al-Quran pun merupakan sejenis ‘nyanyian’ kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain ialah dengan menyanyi. Apabila seseorang itu bernyanyi atau berlagu dengan fikiran khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan yang bagus kepada organ-organ dan membentuk ketenangan kepada berjuta-juta saraf di dalam tubuh.

Monday, June 16, 2014

SIFAT BURUK ORANG MELAYU ZAMAN DAHULU



a. Menurut pandangan Frank Swettenham  dalam karyanya yang terkenal, ” Malay Sketches”, beliau  memberi gambaran tentang orang Melayu di zamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871, iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu.

b. Dalam membicarakan perihal orang Melayu, Frank Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat Melayu pada zaman itu.  Antara tabiat atau sifat buruk orang Melayu adalah seperti berikut:

1. Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik.

2. Orang Melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.

3. Orang Melayu suka mempercayai hal yang karut marut.

Thursday, June 5, 2014

POKOK RENDANG


Saudara,

Jadilah pohon yang rendang supaya insan lain dapat berteduh. Jangan jadi pokok enau yang hanya mementingkan diri sendiri.

Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Monday, May 19, 2014

KENAPA ADA ORANG SUKA MENGUMPAT?



a. Ingin Melenyapkan Kemarahan – Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan keburukan atau kelemahan orang yang dimarahi atau didendami. Jadi dia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca di sini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.

b. Kemegahan Diri – Dia ingin disifatkan dirinya lebih tinggi martabat, lebih megah, dan lebih mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

c. Dengki – Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi dia mencari jalan atau mengambil peluang  atas kelemahan dan keburukan orang tersebut, agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.

Saturday, May 3, 2014

MANFAATKAN ILMU


Saudara,

Sejahil-jahil manusia adalah mereka yang berilmu tetapi tidak memanfaatkan ilmunya.
Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Wednesday, April 30, 2014

PEJUANG HEBAT


Saudara,

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth