Pages

Thursday, January 26, 2017

BERKATALAH KETIKA NORMAL




Saudara,

Perkataan yang diucapkan  pada waktu marah, samalah ibarat sampan diserang badai di tengah lautan, ianya tidak boleh diambil pedoman dan pelajaran.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, January 2, 2017

AKIBAT BURUK MEMAKI ORANG



a. Anda dengar orang memaki, anda akan dijangkiti fikiran negatif. Anda memaki, anda akan menjadi orang berfikiran negatif. Jika anda melakukan kedua-duanya, itu petanda anda orang yang berfikiran negatif. Kesannya dalam jangka masa panjang, anda akan suka memandang negatif terhadap sesuatu perkara.
b. Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat begitu untuk menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa sahaja takut dengan mereka.
c. Sikap memaki-maki ini menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap ini susah hendak dibendung. Apabila kesusahan melanda, sikap yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu, kesusahan lain akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.

Monday, December 5, 2016

CARA UNTUK BERTENANG II



1. Mulakan dengan niat. Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya. Sebagai contoh, anda mahu bertenang mungkin sebab anda mahu mengelak daripada stress, mungkin sebab anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang anda lakukan.

2. Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening. Elak dari mengerut kening ketika anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu. Misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biasakan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda anda terlalu fokus. Apabila sudah terlalu fokus, tidak akan ada ketenangan sebab minda anda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, ketika membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawa diri bertenang.
CARA UNTUK BERTENANG I

Monday, November 28, 2016

SIKAP POSITIF YANG PERLU UNTUK KITA SEMUA



1. Hormati sesiapa sahaja, kagumi pencapaian orang-orang yang anda kenali dan yang anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat kita bermotivasi. Jangan pandang orang berdasarkan jawatan, kerja, pangkat, wang dan harta. Hormatilah sesiapa sahaja. Ini akan menjadikan kita sentiasa bermotivasi. Kebencian orang pada kita akan menjadi doa, iaitu doa untuk menjatuhkan kita. Buat baik di balas baik, buat jahat dibalas jahat.
2. Doakan orang lain supaya berjaya. Bukan menjatuhkannya. Kita perlu bantu orang lain supaya berjaya, supaya kita juga akan berjaya. Apa yang kita lakukan pada orang lain, itu jugalah balasan pada diri kita di kemudian hari. Bantu orang lain untuk berjaya, pandanglah dia sebagai orang ada potensi untuk berjaya. Doakan kejayaan usahanya setiap kali kita tidur, setiap kali kita bangun.

Monday, October 17, 2016

MENJAGA PERHUBUNGAN DALAM SEBUAH PERSAHABATAN



1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan anda dan sahabat anda saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik. Kita sendiri tidak semestinya baik dan betul.

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat.

4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya jangan ditanya.

Saturday, September 17, 2016

AKIBAT DARIPADA TINDAKAN


Saudara,

Orang yang benar-benar tahu menggunakan akal fikiran, dapat memikirkan akibat daripada setiap tindakannya. Bukan sekadar memikirkan cara bertindak. 


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, September 5, 2016

PENYAKIT HATI DAN SIFAT BURUK MANUSIA



1. Iri Hati – Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rezeki dan nikmat yang diperolehi oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran Islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pintar agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.

2. Dengki – Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya kerana tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.