Pages

Saturday, June 17, 2017

KENAPA PERHUBUNGAN CINTA KADANGKALA TIDAK MAMPU BERTAHAN LAMA?



1. Membohong – Ia adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan Tinggi – Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

Monday, May 22, 2017

KUASA MATA - MENURUT MASYARAKAT MELAYU LAMA



a. Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku menjadi buta kerana asyik menangis mengenangkan isterinya yang kononnya telah meninggal dunia. Benarkah manusia boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden telah merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi tekanan pada mata. Mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali. Kajian ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada mata.
b. Sebenarnya, bagaimana keadaan mata ketika manusia mengalami perasaan takut telah pun diceritakan dalam beberapa surah Al Quran. Sebagai contoh: “Mereka bakhil terhadapmu apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan kerana akan mati…”
(Ayat-Al-Ahzab: Petikan ayat 19)
“Dan Yaakub berpaling daripada mereka (anak-anaknya) seraya berkata, “Aduhai dukacitaku terhadap Yusuf”, dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya)”. (Ayat Yusuf: 84)

Monday, April 3, 2017

TAFSIR MIMPI MENURUT ISLAM



Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Berikut adalah tafsir mimpi dalam Islam yang berkaitan Peristiwa atau Kejadian:-
1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat.
3. Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh.

Monday, March 20, 2017

MEMANTAPKAN MOTIVASI DIRI



a. Kadang-kadang kita sering sekali kurang bermotivasi dan oleh itu sukar untuk mengambil tindakan untuk mencapai cita- cita kita. Kurang keyakinan diri boleh menyebabkan seseorang kurang bermotivasi. Apabila seseorang tidak yakin dan percaya dia tidak akan berjaya membuat sesuatu, kemungkinan besar dia akan berfikir kenapa dia hendak berbuat sesuatu itu apabila dia akan kelak gagal juga. Dia akan terus berfikiran negatif lagi apabila dia mengimbas kembali saat-saat dahulu yang dia tidak berjaya. Lama- kelamaan dia akan lebih percaya yang dia seorang yang gagal dan tidak mungkin berjaya.
b. Untuk menyelesaikan masalah ini, kita harus mengamalkan sikap bersyukur atas saat-saat kita berjaya melakukan sesuatu perkara dengan baik dan yang memberi manfaat kepada orang ramai. Kita harus yakin berdasarkan pengalaman itu, kita boleh berjaya dalam apa jua bidang apabila kita berusaha ke arah itu.

Monday, February 6, 2017

BINA YAKIN DIRI UNTUK SURI RUMAH



1. Jangan berasa tertekan ketika menyempurnakan kerja-kerja dalam rumah yang bertimbun dan tidak pernah habis. Teruskan dan bereskan semuanya dengan penuh rasa bertanggungjawab. Jika anda selalu merasa ragu-ragu, itu petanda besar anda kurang yakin dengan diri sendiri.
2. Minta suami menegur anda untuk memperbaiki kualiti diri anda. Suami akan nampak kekurangan diri anda yang mungkin anda tidak nampak. Untuk memperbaiki diri, kritikan serta teguran orang lain, amat perlu. Bila anda sudah ditegur, diamkan diri dan jangan lawan. Teguran, walaupun pedas, baik untuk mengatasi kekurangan diri kita.Kita harus terima teguran, serap dan tukar ia menjadi pencetus perubahan positif. Tidak ada ruginya kalau teguran itu benar bagai dikata. Hanya orang yang ego tebal atau tinggi, tidak sanggup ditegur. Apabila anda berubah, suami nampak perubahan itu, dia akan gembira dan lebih sayang.

Thursday, January 26, 2017

BERKATALAH KETIKA NORMAL




Saudara,

Perkataan yang diucapkan  pada waktu marah, samalah ibarat sampan diserang badai di tengah lautan, ianya tidak boleh diambil pedoman dan pelajaran.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, January 2, 2017

AKIBAT BURUK MEMAKI ORANG



a. Anda dengar orang memaki, anda akan dijangkiti fikiran negatif. Anda memaki, anda akan menjadi orang berfikiran negatif. Jika anda melakukan kedua-duanya, itu petanda anda orang yang berfikiran negatif. Kesannya dalam jangka masa panjang, anda akan suka memandang negatif terhadap sesuatu perkara.
b. Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat begitu untuk menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa sahaja takut dengan mereka.
c. Sikap memaki-maki ini menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap ini susah hendak dibendung. Apabila kesusahan melanda, sikap yang sama akan menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu, kesusahan lain akan muncul untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.