Manusia selalunya berkata dia berani
membuat itu dan ini dan sanggup melaksanakan rancangan. Tetapi hanya dalam
percakapan sahaja. Yang betul-betul berani tidak ramai. Orang yang selalu
bercakap besar, itulah yang kurang berani. Jangan bergantung harap kepada orang
lain. Bila tiba bahaya atau masalah dengan tiba-tiba, dia akan lebih
mementingkan dirinya dan melarikan diri. Tinggal anda seorang diri
terkapai-kapai.
Saturday, July 22, 2017
Saturday, June 17, 2017
KENAPA PERHUBUNGAN CINTA KADANGKALA TIDAK MAMPU BERTAHAN LAMA?
1. Membohong – Ia adalah “pembunuh”
utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus
hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka
tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa
hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan Tinggi – Ada pasangan
meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka
bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga
yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan
terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi
dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
Monday, May 22, 2017
KUASA MATA - MENURUT MASYARAKAT MELAYU LAMA
a.
Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku menjadi buta kerana asyik menangis
mengenangkan isterinya yang kononnya telah meninggal dunia. Benarkah manusia
boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden telah
merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi
tekanan pada mata. Mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit
sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali. Kajian
ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada
mata.
b.
Sebenarnya, bagaimana keadaan mata ketika manusia mengalami perasaan takut
telah pun diceritakan dalam beberapa surah Al Quran. Sebagai contoh: “Mereka
bakhil terhadapmu apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu
memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan
kerana akan mati…”
(Ayat-Al-Ahzab: Petikan ayat 19)
(Ayat-Al-Ahzab: Petikan ayat 19)
“Dan
Yaakub berpaling daripada mereka (anak-anaknya) seraya berkata, “Aduhai
dukacitaku terhadap Yusuf”, dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan
dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya)”. (Ayat
Yusuf: 84)
Monday, April 3, 2017
TAFSIR MIMPI MENURUT ISLAM
Tidak
semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya
mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi
insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku. Sedangkan mimpi
insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Berikut
adalah tafsir mimpi dalam Islam yang berkaitan Peristiwa atau Kejadian:-
1.
Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2.
Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa
anda akan diampunkan dunia dan akhirat.
3.
Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah
alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu
berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh.
Monday, March 20, 2017
MEMANTAPKAN MOTIVASI DIRI
a.
Kadang-kadang kita sering sekali kurang bermotivasi dan oleh itu sukar untuk
mengambil tindakan untuk mencapai cita- cita kita. Kurang keyakinan diri boleh
menyebabkan seseorang kurang bermotivasi. Apabila seseorang tidak yakin dan
percaya dia tidak akan berjaya membuat sesuatu, kemungkinan besar dia akan
berfikir kenapa dia hendak berbuat sesuatu itu apabila dia akan kelak gagal
juga. Dia akan terus berfikiran negatif lagi apabila dia mengimbas kembali
saat-saat dahulu yang dia tidak berjaya. Lama- kelamaan dia akan lebih percaya
yang dia seorang yang gagal dan tidak mungkin berjaya.
b.
Untuk menyelesaikan masalah ini, kita harus mengamalkan sikap bersyukur atas
saat-saat kita berjaya melakukan sesuatu perkara dengan baik dan yang memberi
manfaat kepada orang ramai. Kita harus yakin berdasarkan pengalaman itu, kita
boleh berjaya dalam apa jua bidang apabila kita berusaha ke arah itu.
Monday, February 6, 2017
BINA YAKIN DIRI UNTUK SURI RUMAH
1.
Jangan berasa tertekan ketika menyempurnakan kerja-kerja dalam rumah yang
bertimbun dan tidak pernah habis. Teruskan dan bereskan semuanya dengan penuh
rasa bertanggungjawab. Jika anda selalu merasa ragu-ragu, itu petanda besar
anda kurang yakin dengan diri sendiri.
2. Minta suami menegur anda untuk memperbaiki kualiti diri
anda. Suami akan nampak kekurangan diri anda yang mungkin anda tidak nampak.
Untuk memperbaiki diri, kritikan serta teguran orang lain, amat perlu. Bila
anda sudah ditegur, diamkan diri dan jangan lawan. Teguran, walaupun pedas,
baik untuk mengatasi kekurangan diri kita.Kita harus terima teguran,
serap dan tukar ia menjadi pencetus perubahan positif. Tidak ada ruginya kalau
teguran itu benar bagai dikata. Hanya orang yang ego tebal atau tinggi, tidak
sanggup ditegur. Apabila anda berubah, suami nampak perubahan itu, dia akan
gembira dan lebih sayang.
Thursday, January 26, 2017
BERKATALAH KETIKA NORMAL
Saudara,
Perkataan yang diucapkan pada waktu marah, samalah ibarat sampan
diserang badai di tengah lautan, ianya tidak boleh diambil pedoman dan
pelajaran.
Fikir-fikirkanlah.
FARIT
ISMETH EMIR
#faritismeth
Subscribe to:
Posts (Atom)
