Dalam hidup kita ini, kita ada 2
pilihan. Baik atau buruk, hitam atau putih, positif atau negatif. Pilihlah satu
dan kekal di dalamnya. Begitu juga dengan emosi. Pilihlah emosi positif untuk
dimasukkan sebagai emosi dominan dalam perasaan kita supaya emosi positif itu
dapat mempengaruhi sikap kita. Emosi itu merubah tindakan kita menjadi tindakan
positif. Akhirnya akan membuat kita mencapai pencapaian positif atau pencapaian
yang cemerlang.
Monday, October 9, 2017
Monday, September 25, 2017
FALSAFAH KEJAYAAN
“RAJIN ADALAH PENAWAR YANG PALING MUJARAB.
MALAS ADALAH RACUN YANG PALING
BERBISA.”
– Imam Ghazali
Menurut Dr. Shukri Abdullah dalam
bukunya berjudul “Prinsip dan Falsafah Kejayaan”, beliau menegaskan: “Orang
yang rajin berusaha, yang tidak ada pun boleh diadakan. Yang kecil boleh
dibesarkan, yang sedikit boleh dibanyakkan, dan yang jauh boleh didekatkan.
Berdasarkan kata-kata hikmat
daripada Imam Ghazali, beliau memberi penekanan bahawa asalkan seseorang itu
benar-benar berkehendakkan sesuatu, dia akan berikhtiar dan mencari pelbagai
jalan untuk mendapatkannya, walupun tanpa bantuan dan sokongan orang lain.”
Monday, August 28, 2017
MOTIVASI UNTUK PELAJAR
1. SABAR bererti
‘tahan menghadapi kesakitan, penderitaan atau kepayahan dalam pembelajaran
untuk peperiksaan’. Sabar juga bererti ‘tidak terburu-buru, sebaliknya berada
dalam keadaan ketenangan sepanjang waktu pembelajaran dan ulang kaji’.
2. TEKUN bererti
‘dengan rajin dan usaha, dan bersungguh-sungguh (serius) untuk belajar demi
kecemerlangan dalam peperiksaan’. Tekun juga bererti ‘tabah hati atau keras
hati semasa mengulang kaji semua subjek dan topik demi mencapai kejayaan yang
diharapkan dalam peperiksaan tahun ini’.
Saturday, July 22, 2017
JANGAN TERLALU MENGHARAPKAN ORANG
Manusia selalunya berkata dia berani
membuat itu dan ini dan sanggup melaksanakan rancangan. Tetapi hanya dalam
percakapan sahaja. Yang betul-betul berani tidak ramai. Orang yang selalu
bercakap besar, itulah yang kurang berani. Jangan bergantung harap kepada orang
lain. Bila tiba bahaya atau masalah dengan tiba-tiba, dia akan lebih
mementingkan dirinya dan melarikan diri. Tinggal anda seorang diri
terkapai-kapai.
Saturday, June 17, 2017
KENAPA PERHUBUNGAN CINTA KADANGKALA TIDAK MAMPU BERTAHAN LAMA?
1. Membohong – Ia adalah “pembunuh”
utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus
hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka
tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa
hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan Tinggi – Ada pasangan
meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka
bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga
yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan
terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi
dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
Monday, May 22, 2017
KUASA MATA - MENURUT MASYARAKAT MELAYU LAMA
a.
Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku menjadi buta kerana asyik menangis
mengenangkan isterinya yang kononnya telah meninggal dunia. Benarkah manusia
boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden telah
merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi
tekanan pada mata. Mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit
sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali. Kajian
ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada
mata.
b.
Sebenarnya, bagaimana keadaan mata ketika manusia mengalami perasaan takut
telah pun diceritakan dalam beberapa surah Al Quran. Sebagai contoh: “Mereka
bakhil terhadapmu apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu
memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan
kerana akan mati…”
(Ayat-Al-Ahzab: Petikan ayat 19)
(Ayat-Al-Ahzab: Petikan ayat 19)
“Dan
Yaakub berpaling daripada mereka (anak-anaknya) seraya berkata, “Aduhai
dukacitaku terhadap Yusuf”, dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan
dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya)”. (Ayat
Yusuf: 84)
Monday, April 3, 2017
TAFSIR MIMPI MENURUT ISLAM
Tidak
semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya
mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi
insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku. Sedangkan mimpi
insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Berikut
adalah tafsir mimpi dalam Islam yang berkaitan Peristiwa atau Kejadian:-
1.
Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
2.
Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa
anda akan diampunkan dunia dan akhirat.
3.
Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah
alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu
berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)