Pages

Monday, March 19, 2018

BAGAIMANA UNTUK MELAWAN KERAGUAN?



Bina keberanian. Beranikan diri. Latih diri anda untuk berani. Berani yang anda perlukan bukan berani yang tidak tahu takut, bukan berani tetapi kurang bijak. Berani cara bijak iaitu berani gagal melakukan setelah tahu risiko-risiko yang akan dihadapi nanti. Beranikan diri dalam banyak aspek. Berani membuat sesuatu yang baharu, berani bertanya, berani mengutarakan pendapat, berani mengubah hidup. Kawal keraguan hari ini.  Apabila sudah mahir, anda boleh mengawal kehidupan anda di masa akan datang.

Monday, February 12, 2018

KENAPA ANDA PERLU ADA MATLAMAT DALAM HIDUP?



Sebabnya, anda mesti memajukan diri. Anda mesti capai tahap baharu. Anda mesti capai tahap yang lebih baik, supaya anda berkembang menjadi orang cemerlang, bukan orang tidak cemerlang. Anda pasti mahu berjaya dalam hidup, keluar dari kepompong lama. Setiap orang mahu menjadi orang berjaya, senang dan dikenali ramai. Begitu juga diri anda.
Tanya pada diri anda:
1. Apa tujuan hidupku?
2. Untuk apa aku lahir ke dunia ini?
3. Apa peranan aku?
Apabila anda sudah nampak hala tuju anda dalam hidup, anda sudah ada visi matlamat, iaitu sesuatu yang mahu anda capai. Visi ialah apa yang anda ingincapai di masa depan, apa yang anda mahu ada di masa depan. Ada orang nampak dirinya di masa depan sebagai guru, jurutera, penulis buku, ustaz, peniaga berjaya, arkitek, doktor mahupun peguam.

Monday, January 1, 2018

CARA DAN GAYA KITA BERJALAN



a. Anda boleh lihat tahap keyakinan diri seseorang dengan melihat pada gaya jalannya. Jika anda sedang berusaha untuk membina keyakinan diri, mulakan dengan mengubah gaya anda berjalan. Orang yang ada keyakinan diri berjalan dengan tenang, postur badan yang tegak, bukan langkah yang luas, langkah laju dan teratur. Laju berjalan tidak semestinya berjalan kelam-kabut tetapi jalan yang neutral – tidak terlalu lambat, tidak terlalu laju.
b. Pada peringkat permulaan,anda perlu mengubah gaya anda berjalan, Mungkin anda akan terasa sedikit kekok. Cuba lihat gaya orang-orang berjawatan besar berjalan, gaya seorang pemimpin berjalan dan gaya seorang ketua berjalan. Anda akan perasan gaya jalan mereka hampir serupa, iaitu neutral, bukan langkah yang luas dan postur badan berada pada kedudukan tegak, tidak membongkok dan tidak terlalu mendada. Ikut langkah begitu dan amalkan selalu. Berjalanlah dengan bukaan langkah yang besar dan mata anda tegak memandang ke depan.
c. Anda akan mula rasa selesa dengan gaya berjalan yang begitu, lantas membuat anda berasa yakin. Tidak ada lagi perasaan gugup atau gusar.

Monday, December 25, 2017

BAGAIMANA MENGIKIS TABIAT DAN PEMIKIRAN NEGATIF?



1. Jangan memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Jangan memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Jangan cepat melihat yang buruk dalam apa sahaja situasi, benda, atau perkara.
4. Jangan muda atau suka komen, mengutuk, mengkritik, dan hentam belakang.

Monday, November 20, 2017

“KEMPUNAN” DALAM MASYARAKAT MELAYU LAMA



“Jamahlah sedikit, nanti kempunan pulak  ..”
a. Kita sering diingatkan oleh ibu bapa supaya menjamah makanan sebelum keluar rumah supaya tidak kempunan. Ibubapa zaman dahulu sanggup mengambil sekepal nasi dari periuk dan memberikannya kepada anak yang sedang memakai kasut tergesa-gesa kerana sudah lambat ke tempat kerja atau ke sekolah. Selalunya anak itu akan mengambil nasi sekepal itu dan memakannya di hadapan ibu atau bapa untuk membuktikan padanya, nasi itu sudah dijamah. Anak itu akan melihat senyuman pada wajah ibu atau bapanya, seolah-olah beliau sudah menyelamatkan anak daripada musibah berakibatkan kempunan.
b. Apakah sebenarnya pengertian kempunan? Kempunan adalah konsep menjamah makanan yang terhidang biarpun sedikit. Bagi masyarakat Melayu lama, selera seseorang tidak boleh dibuat main kerana jika dibiarkan makanan itu tidak tersentuh walaupun hati ingin merasainya, pasti akan berlaku malapetaka yang boleh mengakibatkan kematian.
c. Selalunya apabila kita bertandang ke rumah orang Melayu, pasti ada hidangan kuih dan air. Paling sedikit pun, air segelas, kerana memang adat orang Melayu melayan tetamu dengan baik. Sekiranya kita tak menyentuh hidangan yang disuakan, pasti tuan rumah akan berkecil hati. Supaya tidak menyinggung perasaan tuan rumah, kita terpaksa menjamah sedikit, supaya tidak kempunan. Orang Melayu percaya, walaupun kita sebagai tetamu belum berselera untuk menjamah hidangan, secara tidak sedar, hati sudah berkata-kata tentang makanan yang terhidang. Makanan itu harus dijamah supaya kita tidak akan teringat tentang makanan itu apabila pulang. Tindakan menjamah makanan adalah untuk mengelak terjadinya kempunan.

Sunday, October 15, 2017

JAUHI FITNAH


Saudara,

Fitnah rosakkan 3 golongan manusia: Orang mengucapkan, mendengar dan yang difitnahkan.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, October 9, 2017

PILIH EMOSI POSITIF



Dalam hidup kita ini, kita ada 2 pilihan. Baik atau buruk, hitam atau putih, positif atau negatif. Pilihlah satu dan kekal di dalamnya. Begitu juga dengan emosi. Pilihlah emosi positif untuk dimasukkan sebagai emosi dominan dalam perasaan kita supaya emosi positif itu dapat mempengaruhi sikap kita. Emosi itu merubah tindakan kita menjadi tindakan positif. Akhirnya akan membuat kita mencapai pencapaian positif atau pencapaian yang cemerlang.