a.
Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertuaku menjadi buta kerana asyik menangis
mengenangkan isterinya yang kononnya telah meninggal dunia. Benarkah manusia
boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden telah
merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi
tekanan pada mata. Mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit
sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali. Kajian
ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada
mata.
b.
Sebenarnya, bagaimana keadaan mata ketika manusia mengalami perasaan takut
telah pun diceritakan dalam beberapa surah Al Quran. Sebagai contoh: “Mereka
bakhil terhadapmu apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu
memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pengsan
kerana akan mati…”
(Ayat-Al-Ahzab: Petikan ayat 19)
(Ayat-Al-Ahzab: Petikan ayat 19)
“Dan
Yaakub berpaling daripada mereka (anak-anaknya) seraya berkata, “Aduhai
dukacitaku terhadap Yusuf”, dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan
dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya)”. (Ayat
Yusuf: 84)
