Bina keberanian. Beranikan diri. Latih diri anda untuk berani. Berani yang anda
perlukan bukan berani yang tidak tahu takut, bukan berani tetapi kurang bijak.
Berani cara bijak iaitu berani gagal melakukan setelah tahu risiko-risiko yang
akan dihadapi nanti. Beranikan diri dalam banyak aspek. Berani membuat sesuatu
yang baharu, berani bertanya, berani mengutarakan pendapat, berani mengubah
hidup. Kawal keraguan hari ini. Apabila sudah mahir, anda boleh mengawal
kehidupan anda di masa akan datang.
Monday, March 19, 2018
Monday, February 12, 2018
KENAPA ANDA PERLU ADA MATLAMAT DALAM HIDUP?
Sebabnya, anda mesti memajukan diri.
Anda mesti capai tahap baharu. Anda mesti capai tahap yang lebih baik, supaya
anda berkembang menjadi orang cemerlang, bukan orang tidak cemerlang. Anda
pasti mahu berjaya dalam hidup, keluar dari kepompong lama. Setiap orang mahu
menjadi orang berjaya, senang dan dikenali ramai. Begitu juga diri anda.
Tanya pada diri anda:
1. Apa tujuan hidupku?
2. Untuk apa aku lahir ke dunia ini?
3. Apa peranan aku?
2. Untuk apa aku lahir ke dunia ini?
3. Apa peranan aku?
Apabila anda sudah nampak hala tuju
anda dalam hidup, anda sudah ada visi matlamat, iaitu sesuatu yang mahu anda
capai. Visi ialah apa yang anda ingincapai di masa depan, apa yang anda mahu
ada di masa depan. Ada orang nampak dirinya di masa depan sebagai guru,
jurutera, penulis buku, ustaz, peniaga berjaya, arkitek, doktor mahupun peguam.
Monday, January 1, 2018
CARA DAN GAYA KITA BERJALAN
a. Anda boleh lihat tahap keyakinan
diri seseorang dengan melihat pada gaya jalannya. Jika anda sedang berusaha
untuk membina keyakinan diri, mulakan dengan mengubah gaya anda berjalan. Orang
yang ada keyakinan diri berjalan dengan tenang, postur badan yang tegak, bukan
langkah yang luas, langkah laju dan teratur. Laju berjalan tidak semestinya
berjalan kelam-kabut tetapi jalan yang neutral – tidak terlalu lambat, tidak
terlalu laju.
b. Pada peringkat permulaan,anda
perlu mengubah gaya anda berjalan, Mungkin anda akan terasa sedikit kekok. Cuba
lihat gaya orang-orang berjawatan besar berjalan, gaya seorang pemimpin
berjalan dan gaya seorang ketua berjalan. Anda akan perasan gaya jalan mereka
hampir serupa, iaitu neutral, bukan langkah yang luas dan postur badan berada
pada kedudukan tegak, tidak membongkok dan tidak terlalu mendada. Ikut langkah
begitu dan amalkan selalu. Berjalanlah dengan bukaan langkah yang besar dan
mata anda tegak memandang ke depan.
c. Anda akan mula rasa selesa dengan
gaya berjalan yang begitu, lantas membuat anda berasa yakin. Tidak ada lagi
perasaan gugup atau gusar.
Monday, December 25, 2017
BAGAIMANA MENGIKIS TABIAT DAN PEMIKIRAN NEGATIF?
1. Jangan memandang rendah pada apa
yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
2. Jangan memperbodohkan orang
semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
3. Jangan cepat melihat yang buruk
dalam apa sahaja situasi, benda, atau perkara.
4. Jangan muda atau suka komen,
mengutuk, mengkritik, dan hentam belakang.
Monday, November 20, 2017
“KEMPUNAN” DALAM MASYARAKAT MELAYU LAMA
“Jamahlah sedikit, nanti kempunan
pulak ..”
a. Kita sering diingatkan oleh ibu
bapa supaya menjamah makanan sebelum keluar rumah supaya tidak kempunan.
Ibubapa zaman dahulu sanggup mengambil sekepal nasi dari periuk dan
memberikannya kepada anak yang sedang memakai kasut tergesa-gesa kerana sudah
lambat ke tempat kerja atau ke sekolah. Selalunya anak itu akan mengambil nasi
sekepal itu dan memakannya di hadapan ibu atau bapa untuk membuktikan padanya,
nasi itu sudah dijamah. Anak itu akan melihat senyuman pada wajah ibu atau
bapanya, seolah-olah beliau sudah menyelamatkan anak daripada musibah
berakibatkan kempunan.
b. Apakah sebenarnya pengertian
kempunan? Kempunan adalah konsep menjamah makanan yang terhidang biarpun
sedikit. Bagi masyarakat Melayu lama, selera seseorang tidak boleh dibuat main
kerana jika dibiarkan makanan itu tidak tersentuh walaupun hati ingin
merasainya, pasti akan berlaku malapetaka yang boleh mengakibatkan kematian.
c. Selalunya apabila kita bertandang
ke rumah orang Melayu, pasti ada hidangan kuih dan air. Paling sedikit pun, air
segelas, kerana memang adat orang Melayu melayan tetamu dengan baik. Sekiranya
kita tak menyentuh hidangan yang disuakan, pasti tuan rumah akan berkecil hati.
Supaya tidak menyinggung perasaan tuan rumah, kita terpaksa menjamah sedikit,
supaya tidak kempunan. Orang Melayu percaya, walaupun kita sebagai tetamu belum
berselera untuk menjamah hidangan, secara tidak sedar, hati sudah berkata-kata
tentang makanan yang terhidang. Makanan itu harus dijamah supaya kita tidak
akan teringat tentang makanan itu apabila pulang. Tindakan menjamah makanan
adalah untuk mengelak terjadinya kempunan.
Sunday, October 15, 2017
JAUHI FITNAH
Saudara,
Fitnah rosakkan 3 golongan
manusia: Orang mengucapkan, mendengar dan yang difitnahkan.
Fikir-fikirkanlah.
FARIT ISMETH EMIR
#faritismeth
Monday, October 9, 2017
PILIH EMOSI POSITIF
Dalam hidup kita ini, kita ada 2
pilihan. Baik atau buruk, hitam atau putih, positif atau negatif. Pilihlah satu
dan kekal di dalamnya. Begitu juga dengan emosi. Pilihlah emosi positif untuk
dimasukkan sebagai emosi dominan dalam perasaan kita supaya emosi positif itu
dapat mempengaruhi sikap kita. Emosi itu merubah tindakan kita menjadi tindakan
positif. Akhirnya akan membuat kita mencapai pencapaian positif atau pencapaian
yang cemerlang.
Subscribe to:
Posts (Atom)