Pages

Monday, November 28, 2016

SIKAP POSITIF YANG PERLU UNTUK KITA SEMUA



1. Hormati sesiapa sahaja, kagumi pencapaian orang-orang yang anda kenali dan yang anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat kita bermotivasi. Jangan pandang orang berdasarkan jawatan, kerja, pangkat, wang dan harta. Hormatilah sesiapa sahaja. Ini akan menjadikan kita sentiasa bermotivasi. Kebencian orang pada kita akan menjadi doa, iaitu doa untuk menjatuhkan kita. Buat baik di balas baik, buat jahat dibalas jahat.
2. Doakan orang lain supaya berjaya. Bukan menjatuhkannya. Kita perlu bantu orang lain supaya berjaya, supaya kita juga akan berjaya. Apa yang kita lakukan pada orang lain, itu jugalah balasan pada diri kita di kemudian hari. Bantu orang lain untuk berjaya, pandanglah dia sebagai orang ada potensi untuk berjaya. Doakan kejayaan usahanya setiap kali kita tidur, setiap kali kita bangun.

Monday, October 17, 2016

MENJAGA PERHUBUNGAN DALAM SEBUAH PERSAHABATAN



1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan anda dan sahabat anda saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik. Kita sendiri tidak semestinya baik dan betul.

3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat.

4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya jangan ditanya.

Saturday, September 17, 2016

AKIBAT DARIPADA TINDAKAN


Saudara,

Orang yang benar-benar tahu menggunakan akal fikiran, dapat memikirkan akibat daripada setiap tindakannya. Bukan sekadar memikirkan cara bertindak. 


Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth

Monday, September 5, 2016

PENYAKIT HATI DAN SIFAT BURUK MANUSIA



1. Iri Hati – Iri hati adalah suatu sifat yang tidak senang akan rezeki dan nikmat yang diperolehi oleh orang lain dan cenderung berusaha untuk menyainginya. Iri hati yang diperbolehkan dalam ajaran Islam adalah iri dalam hal berbuat kebajikan, seperti iri untuk menjadi pintar agar dapat menyebarkan ilmunya di kemudian hari. Atau iri untuk membelanjakan harta di jalan kebenaran.

2. Dengki – Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut. Sifat ini sangat berbahaya kerana tidak ada orang yang suka dengan orang yang memiliki sifat seperti ini.

Monday, August 1, 2016

3 PERINGKAT PERSAHABATAN DALAM ISLAM



Peringkat 1: Sahabat Secara Umum – Sahabat yang berada di dalam satu perjuangan Islam atau di dalam sebuah jemaah Islam yang bercita-cita menegakkan Islam di dalam kehidupan individu, rumah tangga, masyarakat, negara dan seterusnya alam sejagat.

Peringkat 2: Sahabat Secara Khusus – Orang yang bersahabat dengan lebih mendalam, lagi kasih sayang dan ikatan jiwa satu sama lain. Selain daripada diikat oleh sahabat secara umum, ditambah pula kerana ada cita-cita bersama menegakkan Islam.

Peringkat 3: Sahabat Yang Dipersaudarakan – Sahabat ini lebih mendalam lagi kerana mereka ada membuat perjanjian antara satu sama lain. Bersaudara seolah-olah adik-beradik satu keturunan, dari satu ibu dan ayah. Itulah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. di kalangan para sahabat.

Friday, July 22, 2016

MENGATASI KEKECEWAAN



Kita tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tetapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada kita, cari cara bagaimana kita boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik sahaja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki kita murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada kita. Kita menjadi apa yang kita selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk, sedangkan kita boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, kita akan dapat yang buruk. Ini hukum alam yang dinamakan “Hukum Sebab dan Akibat”.

Wednesday, July 13, 2016

PERKEMASKAN DIRI


Saudara,

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Fikir-fikirkanlah.

FARIT ISMETH EMIR


#faritismeth