a.
Anda dengar orang memaki, anda akan dijangkiti fikiran negatif. Anda memaki,
anda akan menjadi orang berfikiran negatif. Jika anda melakukan kedua-duanya,
itu petanda anda orang yang berfikiran negatif. Kesannya dalam jangka masa
panjang, anda akan suka memandang negatif terhadap sesuatu perkara.
b.
Orang yang berfikiran negatif suka memaki-maki. Mereka buat begitu untuk
menunjukkan mereka hebat, untuk menunjukkan mereka kuat, supaya sesiapa sahaja
takut dengan mereka.
c.
Sikap memaki-maki ini menarik kesusahan masuk ke dalam hidup sendiri dan sikap
ini susah hendak dibendung. Apabila kesusahan melanda, sikap yang sama akan
menarik lebih banyak lagi kesusahan. Selepas itu, kesusahan lain akan muncul
untuk menambah lagi kesusahan sedia ada.