Pages

Wednesday, March 19, 2014

KENAPA ANDA GAGAL DALAM PERCINTAAN



a. Mungkin Allah ‘sengaja’ menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.

b. Mungkin Allah sengaja menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda sedar bahawa anda hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah s.w.t.

c. Mungkin Allah sengaja menemukan anda dengan orang yang salah supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Wednesday, February 12, 2014

BAGAIMANA MEMBINA KEKUATAN KONSENTRASI?


1.       Letak segelas air di hadapan anda. Pejam mata sambil membayangkan kembali di dalam fikiran anda kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan tersebut seberapa lama yang boleh. Jika konsentrasi anda terganggu, buka mata sambil melihat gelas itu dan teruskan kembali konsentrasi. Selain segelas air, anda juga boleh menggunakan benda-benda lain yang terdapat di hadapan anda seperti TV, pasu bunga, jam dan sebagainya.

 2.       Pada waktu malam, tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin. Duduk pada jarak satu meter dari lilin itu. Konsentrasi pandangan anda pada lilin tersebut selama 10 minit tanpa mengerdipkan mata. Panjangkan tempoh konsentrasi tetapi jangan melebihi dari 30 minit. Pada peringkat permulaan, mata akan berair. Tetapi jangan risau kerana itu adalah fenomena biasa.

Tuesday, January 14, 2014

BIJAK BERKATA-KATA


Saudara,

Seseorang yang bijak berkata-kata akan sentiasa disanjung, sehinggalah kata-katanya didapati penuh dengan pembohongan.

Fikir-fikirlah.

#faritismeth

Sunday, January 5, 2014

TABIAT FIKIRAN NEGATIF DALAM DIRI KITA


1. Jangan memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.

2. Jangan memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.

3. Jangan cepat melihat yang buruk dalam apa sahaja situasi, benda, atau perkara.

4. Jangan mudah atau suka komen, mengutuk, mengkritik, dan hentam belakang.

5. Jangan suka bercerita keburukan orang – ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga. Kita tidak pernah terfikir untuk berasa bersyukur.

6.  Jangan bersikap sukar sangat meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.

7.  Jangan asyik ingat orang yang pernah berbuat salah pada diri anda.

Friday, January 3, 2014

MULAKAN LANGKAH


Saudara,

Tiada jalan singkat untuk tiba ke destinasi, meskipun dekat, setiap perjalanan mesti melibatkan langkah demi langkah.

Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Thursday, January 2, 2014

PENTINGKAN SEMUA


Saudara,

Janganlah kita pentingkan diri sendiri. Jadilah seperti bulan menerangi diri sendiri dan orang lain.

Fikir-fikirkanlah.

#faritismeth

Tuesday, January 1, 2013

FIKIR-FIKIRKANLAH



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Blog ini adalah koleksi kata-kata perangsang dan hikmah, panduan dan inspirasi, yang dapat membantu anda di pelbagai peringkat untuk memupuk semangat dan motivasi diri yang tinggi. Blog ini penuh dengan petunjuk, petua dan nasihat dari ahli falsafah, pakar psikologi dan motivasi dan pujangga yang terkemuka, yang dapat dijadikan panduan untuk kita semua bagi membina keperibadian berjaya dan pemikiran positif. 

Banyak kata-kata hikmah ini adalah daripada hasil kajian dan terjemahan yang telah digubah sedemikian rupa supaya gaya bahasa dan ayat-ayatnya segar dan menarik untuk bacaan anda. Tetapi perlu ditegaskan di sini bahawa kata-kata hikmah ini bukan sekadar untuk dibaca sahaja. Kita mesti menjiwainya, disusuli dengan tindakan yang sewajarnya untuk membuahkan hasil. 

Jika kita bersungguh-sungguh menanamkan benih-benih pemikiran positif, serta disemai, dibajai dan dipupuk dengan cara yang betul lagi konsisten, pasti akan membawa kesan serta mempengaruhi perwatakan dan kehidupan kita semua. Yakinlah! 

Blog ini boleh diaplikasikan dengan 4 cara, seperti berikut: 

1. Rujuk blog ini setiap hari seumpama buku ‘Panduan Hidup’. Ia pasti boleh memberi peringatan dan panduan kepada kita serta dapat memotivasikan diri kita semua. Ia mengandungi kata-kata hikmah yang bernas, dan amat sesuai dijadikan pedoman untuk kita menjalani hidup dengan lebih sempurna. 

2. Untuk tujuan merangsang diri sendiri, lebih-lebih lagi pada hari-hari yang mana anda tidak mempunyai “mood” yang baik, blog ini amat berkesan jika anda selami kata-kata hikmah dan ulasannya sekali, demi merangsangkan diri anda untuk menghadapi ujian hidup seharian. 

3. Blog ini juga mampu membantu anda untuk memupuk sikap positif dan semangat yang kental dan membara, dalam usaha anda untuk memajukan diri sendiri. 

4. Blog ini mudah membantu kita untuk menepis serangan pemikiran negatif yang dilemparkan oleh orang lain terhadap kita, supaya kita tidak semudah itu diperlemahkan semangat juang dalam mengharungi liku-liku hidup kita seharian. 

Fikir-fikirkanlah setiap kata-kata hikmah dan ulasan yang dipaparkan dalam blog ini. Segala cabaran dan kesulitan yang mungkin anda hadapi dapat diatasi, jika anda berpegang teguh kepada cogankata berikut: 

“Punca keruhnya air, kerana buruk tanahnya. Punca lemahnya semangat manusia, kerana buruk pemikirannya.” 

Fikir-fikirkanlah. 

FARIT ISMETH EMIR